Pegawai kesihatan menjalankan tugas di asrama pekerja wanita syarikat sarung tangan Top Glove di Meru pada 23 November 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Klang catat 1,537 kes baharu Covid-19, tertinggi di Selangor

SHAH ALAM, 24 NOV: Klang terus mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi di Selangor iaitu 1,537 kes pertambahan 390 kes berbanding 1,122 kes semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 1,512 kes dikesan di mukim Kapar sementara 25 lagi mukim Klang.

Jabatan itu berkata Petaling merekodkan 31 kes, dengan 16 daripadanya di Damansara, Bukit Raja (11) dan Sungai Buloh dua kes membabitkan warganegara manakala dua lagi kes import.

“Daerah Hulu Langat pula mencatatkan 29 kes iaitu mukim Kajang (20), Ampang dan Cheras masing-masing tiga diikuti Semenyih (dua) dan mukim Hulu Langat satu.

“Sementara 11 kes di Kuala Langat melibatkan Tanjung Dua Belas (lapan), Batu (dua) dan Telok Panglima Garang (satu),” lapor JKNS menerusi Facebook.

JKNS berkata Gombak pula mencatatkan sembilan kes iaitu empat kes di Batu diikuti Setapak (dua) dan masing-masing satu di Hulu Kelang, Kuang dan Rawang.

Selain itu, menurutnya Sepang pula merekodkan empat kes iaitu dua di Labu dan satu kes di Dengkil serta mukim Sepang sementara Kuala Selangor juga mencatatkan dua kes iaitu di Jeram.

Berikut maklumat kes Covid-19 di Selangor pada 24 November 2020 :

Jumlah kes positif: 1,623 (1,621 tempatan, dua import)
Jumlah kes sembuh: 299
Jumlah kes kematian: Tiada


Pengarang :