Sebahagian pekerja wanita Top Glove yang beratur sebelum dibawa keluar oleh petugas kesihatan berikutan penularan wabak Covid-19 di Asrama Pekerja Top Glove Meru Klang pada 24 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENSISELANGOR

Klang kekal daerah tertinggi catat kes Covid-19

SHAH ALAM, 25 NOV: Klang kekal menjadi daerah tertinggi mencatatkan kes positif Covid-19 dengan 33 kes direkodkan hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Agensi berkata ia diikuti Kuala Langat apabila 29 kes dilaporkan, 23 darinya dikesan dari kluster baharu, Kluster Gangsa.

“Daerah Petaling (26), Hulu Langat (120, Gombak (60, Hulu Selangor (4), Sepang (3) dan Kuala Selangor (2).

“Terdapat tiga kes import mendapat jangkitan luar negara, masing-masing dari Indonesia, Pakistan dan Qatar,” katanya menerusi Facebook hari ini.

JKNS memaklumkan setakat 12 tengah hari tadi, seramai 74 pesakit disahkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Hari ini, kes harian di Selangor turun mendadak kepada tiga angka apabila 115 kes dilaporkan berbanding 1,623 kes semalam menjadikan keseluruhan 12,693 kes.


Pengarang :