Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjawab soalan dikemukakan pihak media semasa sesi taklimat khas bersama media mengenai perkembangan semasa Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 21 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kluster baharu dikesan babit Penjara Sungai Buloh – Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 21 NOV: Satu lagi kluster baharu akibat Covid-19 dikenal pasti di Selangor membabitkan Penjara Sungai Buloh, kata ketua pengarah kesihatan.

Menurutnya, kluster yang dikenali sebagai Kluster Penjara Jalan Harapan itu dikesan hasil hasil saringan kemasukan tahanan ke penjara pada 17 November lalu.

“Sehingga hari ini, seramai 113 individu disaring dan hasilnya 17 dikesan positif dalam kluster ini,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan dua lagi kluster baharu dikesan iaitu membabitkan Kluster Kota Kecil di Kota Tinggi, Johor.

Katanya sehingga kini sejumlah 467 individu disaring dengan sembilan kes dikesan positif dan dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

“Sementara Kluster Sky Coklat pula melibatkan daerah Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. Seramai 51 individu disaring sehingga semalam dan tujuh dikesan positif. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Labuan,” katanya.


Pengarang :