Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyampaikan statistik jangkitan pada sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 26 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kluster baharu jangkiti Petaling, Klang catat 22 kes positif

SHAH ALAM, 8 NOV: Satu lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di Selangor membabitkan jangkitan di Petaling dan Klang.

Ketua pengarah kesihatan berkata kes indeks kluster Ikhtisas merupakan kes ke-33,122.

“Kes dikesan positif selepas membuat saringan pra pembedahan pada 29 Oktober lalu dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

“Susulan itu, seramai 362 kontak rapat disaring. 22 darinya positif, 213 negatif manakala 127 masih menunggu keputusan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya jangkitan kluster berkenaan turut dikesan di Jeli, Kelantan dan Seremban, Negeri Sembilan.


Pengarang :