SELANGOR

Kluster Tasik, Olive di Selangor diisytihar tamat

SHAH ALAM, 17 NOV: Dua kluster Covid-19 di Selangor iaitu kluster Tasik dan Olive diisytihar tamat hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kedua-dua kluster tersebut meliputi Petaling, Hulu Langat, Klang dan Gombak.

“Seramai 635 individu disaring dari kluster Tasik melibatkan Petaling, Hulu Langat, Klang, Gombak serta Miri, Sarawak dengan 24 daripadanya dikesan positif.

“Bagi kluster Olive yang melibatkan Hulu Langat termasuk Penampang dan Kota Marudu, Sabah, seramai 285 individu disaring dengan 18 individu dijangkiti wabak,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga memaklumkan tiga kluster lain diisytihar tamat iaitu kluster Bangau-bangau, Buang Sayang dan Kau Sing.

Noor Hisham berkata pihaknya mengesan lima kluster baharu iaitu kluster Avenue dan Kejora di Sabah, kluster Kasah di Kuala Lumpur, kluster Summer di Pulau Pinang dan kluster Mengketil di Kelantan dan Terengganu.


Pengarang :