SK Bandar Rinching antara sekolah yang menerima tong kitar semula daripada Majlis Perbandaran Kajang. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kajang
PBTSELANGOR

Lapan sekolah di DUN Semenyih terima tong kitar semula

SHAH ALAM, 20 NOV: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyerahkan tong kitar semula kepada lapan sekolah di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semalam.

Serahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada guru dan pelajar supaya mengamalkan budaya kitar semula bermula di peringkat sekolah.

“Sekolah yang menerima tong berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tasik Kesuma, SK Bandar Rinching, SK Semenyih dan SK Bandar Teknologi Kajang.

“Turut menerima kemudahan sama ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari, SMK Bandar Tasik Kesuma, SMK Bandar Rinching dan SMK Engku Husain, maklum pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

Program dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat itu juga sebagai usaha melaksanakan agenda perbandaran rendah karbon dan pembangunan mampan di kawasan MPKj.


Pengarang :