Seorang ahli SMUE menunjukkan baucar Jom Shopping yang diterima pada 16 November 2020. Foto Facebook YB Rozana Zainal Abidin, ADUN Permatang
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Lebih 500 warga emas DUN Permatang dapat baucar Jom Shopping

SHAH ALAM, 17 NOV: Seramai 508 ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kelahiran Oktober dan November menerima baucar Jom Shopping dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang.

Agihan baucar dilaksanakan secara berperingkat berikutan tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengelak penularan Covid-19.

“Semalam, kita mengedarkan kepada 77 ahli. Penerima perlu mengambil baucar di Pusat Khidmat Dun Permatang pada masa dan hari yang ditetapkan sebelum membeli-belah di Pasaraya Mustafa, Pasir Penambang,” kata Ahli Dewan Negerinya Rozana Zainal Abidin di Facebook.

Ahli SMUE itu terdiri daripada warga emas berusia 60 tahun dan orang kelainan upaya. Mereka menerima baucar membeli-belah bernilai RM100 daripada Kerajaan Negeri mengikut bulan kelahiran masing-masing.

Untuk semakan status ahli boleh layari http://mesra.yawas.my/smue/. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Jom Shopping SMUE Dun Permatang, boleh hubungi Hafiz 011-3335 6746 atau Faten 010-557 3736.


Pengarang :