Wakil Lembaga Zakat Selangor membawa sebahagian kelengkapan rumah kepada Ahmad Azman Sulaiman yang merupakan OKU lembam pada 19 November 2020. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS bantu gelandangan OKU, sedia rumah lebih selesa

SHAH ALAM, 23 NOV: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu seorang gelandangan yang juga orang kelainan upaya (OKU) mendapat kediaman lebih selesa.

Agensi itu berkata Ahmad Azman Sulaiman kategori OKU lembam namun boleh menguruskan diri sebelum ini tinggal di pondok pusat belian padi dan sawit Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar.

“Berdasarkan maklumat serta bancian, LZS dapati beliau layak dikategorikan sebagai asnaf miskin.

“Atas inisiatif zakat Selangor daerah Sabak Bernam dan dibantu oleh penolong amil kariah telah menemui rumah sewa yang sesuai untuk diduduki oleh beliau seorang. Bayaran sewa dibantu mulai bulan ini,” kata LZS menerusi Facebook.

LZS turut menyediakan kelengkapan lain seperti tikar getah, katil dan tilam bagi memastikan asnaf berkenaan selesa.

 

 


Pengarang :