Sumbangan Mais diagihkan kepada umat Islam yang terjejas kejadian banjir di Kemboja pada 28 November 2020. Foto Mais
AGENSISELANGOR

Mais hulur bantuan kepada 200 keluarga Islam terjejas banjir di Kemboja

SHAH ALAM, 30 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang RM10,000 kepada 200 keluarga Islam di Kemboja yang menjadi mangsa banjir bulan lalu.

Setiausaha Mais, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata penerima dari keluarga fakir, miskin dan anak yatim itu menerima sumbangan seperti beras, gula, minyak masak dan susu bagi memenuhi keperluan mereka.

“Peruntukan dari Baitulmal Mais ini bertujuan memenuhi maslahah ummah terutamanya membantu mereka yang memerlukan.

“Diharap sumbangan ini dapat memberi manfaat dan meringankan beban untuk mereka kembali membina kehidupan baharu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook kelmarin.

Sumbangan diserahkan kepada Persatuan Kebajikan Pendidikan Islam Kemboja bagi memudahkan urusan pengagihan.

Pada 23 Oktober lalu, beberapa kawasan penempatan umat Islam di Kemboja mengalami banjir. Antaranya Wilayah Pusat, Kandal, Banttangbong Kg Cham dan Phnom Penh.


Pengarang :