Petugas di stesen minyak Petronas Seksyen 6, Shah Alam membersihkan pintu masuk dengan semburan antiseptik akibat penularan wabak Covid-19 pada 5 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Masuk surau, tandas di stesen minyak perlu daftar MySejahtera

SHAH ALAM, 10 NOV: Individu memasuki kedai di stesen minyak termasuk tandas dan surau kawasan berkenaan perlu mendaftar di aplikasi MySejahtera atau secara manual.

Menteri kanan (keselamatan) berkata langkah sama perlu dilakukan individu yang menghantar kenderaan ke bengkel di stesen berkenaan.

“Perintah sama juga ditetapkan kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara manual,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub pada sidang media hari ini.

Menurutnya, individu yang membayar melalui lubang tingkap atau menggunakan transaksi kad debit, kad kredit dan secara dalam talian bagi membeli petrol tidak perlu berbuat demikian.

“Mereka yang mengisi angin tayar juga tidak perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera atau manual,” katanya.


Pengarang :