Dato’ Seri Amirudin Shari pada sidang media Program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) Yayasan Hijrah di Bilik MTES SUK, Shah Alam pada 12 November 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB akan temu bekas pemain bola, selesaikan isu hadiah tanah

SHAH ALAM, 12 NOV: Kerajaan Negeri akan mengatur pertemuan dengan bekas pemain dan pegawai yang menuntut hak tawaran sebidang tanah susulan kejayaan skuad Selangor merangkul Piala Malaysia 1995.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia bagi mencari penyelesaian berhubung status tawaran tanah seluas 0.4 hektar yang dijanjikan kepada mereka.

“Walaupun ini bukanlah beban kepada Kerajaan Negeri tetapi mereka semua banyak menyumbang kepada kejayaan dan kegemilangan Selangor suatu ketika dahulu serta dikenali sehingga sekarang.

“Jadi, saya berasa simpati terhadap mereka semua. Bagaimanapun kita perlu teliti sebarang bentuk bantuan yang boleh diberikan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) di Bangunan SUK hari ini.

Amirudin berkata pihaknya juga akan menyemak dan meneliti semula maklumat daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi mendapatkan kepastian sama ada tawaran tersebut pernah diluluskan atau sebaliknya.

Semalam, skuad Piala Malaysia Selangor 1995 mempersoal tawaran sebidang tanah yang dijanjikan kepada mereka kira-kira 25 tahun lalu selepas kejayaan merangkul trofi berkenaan.


Pengarang :