Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri bergambar sebelum masuk ke Dewan Negeri Selangor bagi membentangkan Belanjawan Selangor 2021 pada 30 Oktober 2020. Foto HAFIZ OTHMAN /SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB: Anak syarikat, agensi sebar manfaat Belanjawan 2021 kepada rakyat

SHAH ALAM, 4 NOV: Semua anak syarikat dan agensi Kerajaan Selangor akan digerakkan bagi memastikan manfaat Belanjawan 2021 sampai kepada rakyat.

Dato’ Menteri Besar berkata proses berkenaan disusun dan berjalan sejak beliau mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi fasa ketiga Julai lalu.

“Anak syarikat akan mengetuainya dan melakukan hebahan media termasuk media sosial mengenai segala peluang dan ruang disediakan kepada rakyat.

“Inilah kaedah untuk kita terus berhubung ketika ini. Saya yakin kita mampu maju dan boleh teruskan kemajuan serta ekonomi Selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika bersiaran di Astro Awani malam tadi.

Belanjawan Selangor 2021 yang dibentangkan Amirudin Jumaat lalu mengumumkan pelbagai inisiatif untuk rakyat dalam pelbagai sektor.

Antaranya, Program Tuisyen Rakyat Selangor dengan peruntukan RM13 juta, Program Bank Makanan bernilai RM6 juta serta 15,000 peluang pekerjaan membabitkan kos berjumlah RM76 juta.


Pengarang :