Dato’ Seri Amirudin Shari (tiga, kiri) bergambar bersama selepas merasmikan Cozy Panda Auto Spa dan Kafe di Jalan Gombak Batu 6 1/4 pada 28 November 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB jelajah parlimen Gombak, umum bantuan RM600,000

GOMBAK, 28 NOV: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini mengadakan siri jelajah di beberapa kawasan parlimen Gombak.

Lawatan dimulakan dengan bersarapan pagi dan merasmikan Cozy Panda Auto Spa dan Kafe di Jalan Gombak Batu 6 1/4 di sini.

Kehadiran pemimpin nombor satu negeri itu disambut pemilik premis Mohd Safri Razali dan Yang Dipertua Gerakan Generasi Anak Reformasi Roslan Ismail.

Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Cozy Panda Auto Spa dan Kafe di Jalan Gombak Batu 6 1/4 pada 28 November 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Wakil rakyat Sungai Tua kemudian ke Surau Al-Mukmin Mutiara Gombak untuk menyerahkan sumbangan berjumlah RM100,000 bagi pembinaan dataran serbaguna dan aktiviti kemasyarakatan.

Amirudin turut melancarkan kebun organik komuniti surau itu yang diusahakan bersama Jawatankuasa Penduduk Zon 1 Majlis Perbandaran Selayang, Pertanian Lestari Malaysia dan Greater Gombak.

Difahamkan, kebun organik tersebut menempatkan pelbagai plot tanaman seperti ulam raja, kailan, sawi Hong Kong dan cili.

Dato’ Seri Amirudin Shari menanam pokok sebagai gimik pelancaran kebun organik di Surau Al Mukmin Mutiara Gombak, Gombak pada 28 November 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Beliau seterusnya berkunjung ke Rendang Lia’stari, Desa Rimba Kampung Sungai Salak Batu 10 bagi program ramah mesra bersama penduduk setempat.

Dalam program sama, Amirudin turut mengumumkan dana RM500,000 bagi pembinaan jambatan Kampung Sungai Salak dan menyerahkan bakul makanan kepada 10 penduduk yang memerlukan.


Pengarang :