Dato’ Seri Amirudin Shari . Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Rizab RM1 bilion bukan ‘hilang’ tapi bina infrastruktur

SHAH ALAM, 5 NOV: Rizab Kerajaan Negeri lebih RM1 bilion digunakan untuk pembinaan infrastruktur bagi kemudahan serta keselesaan rakyat.

Dato’ Menteri Besar berkata antara dilaksana ialah projek Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang, LRA Semenyih 2 dan Jambatan Ketiga Klang.

“Sebenarnya ia (rizab) tidak hilang tetapi tumpu kepada infrastruktur dan projek lain dari semasa ke semasa,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari kepada pemberita.

Beliau menjawab laporan media yang mendakwa Selangor “hilang” rizab lebih RM1 bilion selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar pada 2014.

Jambatan Ketiga Klang sepanjang 2.5 kilometer dibina pada Julai 2014 dan siap pada 15 Jun 2017 bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Jambatan yang dinamakan Jambatan Raja Muda Nala bernilai RM199 juta bermula dari persimpangan Sungai Udang dan berakhir di persimpangan Jalan Goh Huck Huat.

Sementara LRA Labohan Dagang yang dibina pada Julai 2017 dengan kos RM425 juta bagi menangani isu dan persoalan bekalan air yang semakin mencabar.

 


Pengarang :