Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mendengar taklimat ketika lawatan tapak Projek Landskap Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua dan Gimik Batu Asas Mercu Tanda Kampung Sungai Tua Baharu di Medan Selera Sri Selayang pada 28 November 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB sumbang RM100,000 untuk masyarakat DUN Sungai Tua

GOMBAK, 28 NOV: Sejumlah RM100,000 disalurkan kepada 600 individu, keluarga dan pertubuhan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, hari ini.

Dato’ Menteri Besar menyampaikan bantuan kepada pihak terpilih iaitu murid sekolah, penduduk dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Tua, Dataran Selayang.

Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga Ahli Dewan Negeri kawasan itu turut meluangkan masa kira-kira 20 minit bertanya khabar serta mendengar masalah penduduk setempat.

Beliau kemudian meninjau tapak pembinaan pusat rekreasi dan mercu tanda baharu Sungai Tua seluas 0.2 hektar di Jalan Sri Selayang.

Fasa 1 projek bernilai RM600,000 itu bakal siap hujung tahun ini manakala fasa 2 pada pertengahan 2021.

Projek tersebut menggunakan dana Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hasil kutipan caj pembangunan sekitar kawasan tersebut.


Pengarang :