Selangorkini
Operasi Tindakan Penguatkuasaan Struktur Paparan Iklan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya di Kilometer (KM) 7.3 hingga KM17.7 Lebuhraya Persekutuan. Foto Facebook MBSJ
PBT SELANGOR

MBSJ roboh 20 struktur iklan haram, ancam keselamatan

SHAH ALAM, 19 NOV: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) merobohkan 20 unit struktur paparan iklan haram di atas tanah rizab kerajaan semalam.

Menurut MBSJ struktur paparan iklan itu tidak mempunyai kelulusan daripada aspek penempatan dan visual.

“Hal ini menyebabkan tahap keselamatan struktur diragui dan visual yang dipaparkan kepada orang ramai tidak mematuhi piawaian MBSJ dan Kementerian Kerja Raya.

“Selain itu, penempatan paparan iklan ini tidak teratur dan mencacatkan pemandangan sekitar,” kata pihak berkuasa tempatan berkenaan di Facebook.

Semalam, Operasi Tindakan Penguatkuasaan Struktur Paparan Iklan itu dijalankan di Kilometer (KM) 7.3 hingga KM17.7 Lebuhraya Persekutuan.

Operasi turut dihadiri Datuk Bandar MBSJ, Noraini Roslan dan Timbalan Ketua Setiausaha Dasar/ Pembangunan Kementerian Kerja Raya Malaysia, Datuk Badrul Hisham Mohd.


Pengarang :