AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Mohon IKTISASS segera, terima elaun sara diri RM1,000 sebulan

SHAH ALAM, 8 NOV: Pemohonan Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) dibuka sehingga 19 November depan.

Justeru, orang awam terutama bekerja di agensi atau industri di negeri ini digalakkan membuat permohonan.

“Empat kursus ditawarkan iaitu juruterbang atau pembantu juruterbang dron, penganalisis data, juruteknik dan jurutera penyelenggaraan serta baik pulih.

“Yuran latihan ditaja Kerajaan Selangor selain menerima sijil pengiktirafan. Peserta turut diberi elaun sara diri RM1,000 sebulan selain jaminan kerja dalam industri,” menurut iklan dikeluarkan semalam.

Antara syarat kelayakan, pemohon perlu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan lulus lima mata pelajaran teras termasuk Bahasa Melayu.

Pemohon atau ibu bapa mestilah warganegara serta lahir atau menetap di negeri ini atau bermastautin lebih 11 tahun di negeri ini.

“Pemohonan perlu lulus temuduga dikendalikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sekiranya ada.

“Borang permohonan boleh diperoleh di laman web https://www.selangor.gov.my
dan https://www.selangor.gov.my/?mid=515 ,” katanya.

Pertanyaan melalui aplikasi WhatsApp di talian 017-2655850 dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 0384082200. Pengenalan diri boleh diemailkan kepada [email protected]


Pengarang :