Amy Kwan pernah meraih gangsa dalam acara riben di Kejohanan Asia 2018, selain dua emas dan dua perak di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, manakala di Sukan SEA Filipina pada 2019, beliau membawa pulang pingat gangsa. Foto: Facebook Amy Kwan
AGENDASUKANKINI

MSN: Program Podium, NFDP diterus guna bajet RMK-11

KUALA LUMPUR, 7 NOV: Pelaksanaan program persediaan atlet, khususnya Program Podium dan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), akan diteruskan bawah belanja pembangunan sedia ada, sambungan dari Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail menjelaskan bahawa program persediaan atlet senior, khususnya Program Podium dan NFDP di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Gambang tidak terjejas.

“Kita juga telah kemukakan beberapa program pembangunan sukan pilihan yang lain seperti badminton, olahraga, golf, akuatik dan beberapa sukan teras yang lain, untuk menyediakan barisan atlet pembangunan dan pelapis yang lebih berdaya saing.

“Perbincangan lanjut akan kami bincangkan dengan Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican) bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan program-program pembangunan atlet tersebut,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pembentangan Belanjawan 2021, mengumumkan peruntukan RM55 juta untuk program pembangunan sukan hoki, ragbi, badminton, berbasikal, pembangunan atlet wanita, termasuk RM15 juta kepada pembangunan e-Sports.

Namun, timbul persoalan apabila pembangunan bola sepak atau NFDP tidak disebut bersama sukan-sukan berkenaan.

-BERNAMA


Pengarang :