ADNSELANGOR

Orang ramai dijemput sertai Program Templer Sihat

SHAH ALAM, 18 NOV: Orang ramai dijemput menyertai Program Templer Sihat anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer bermula 22 November ini.

Ahli Dewan Negeri Mohd Sany Hamzan berkata program yang berlangsung selama sebulan bertujuan memupuk gaya hidup sihat terutama dalam kalangan penduduk kawasan itu.

“Disebabkan kita berhadapan dengan pandemik Covid-19, beberapa tatacara operasi piawai (SOP) perlu kita patuhi. Justeru, kita hanya buka penyertaan kepada 30 peserta berminat.

“Yuran hanya RM100 dan kita juga sediakan jurulatih berpengalaman untuk melatih mereka sepanjang tempoh program ini,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Sany berkata program diadakan setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad dari jam 8.30 hingga 10 malam.

Antara intipati program adalah sesi timbang berat, senam diri, perancangan pemakanan, resepi sihat untuk 30 hari, kelas kalori dan tips diet.

Orang ramai khususnya penduduk DUN Taman Templer yang berminat boleh hubungi Azri di talian 017-885 9182 atau Lah (019-206 9750).


Pengarang :