Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memakai pakaian pelindung diri ketika berada di pintu masuk Penjara Reman Pulau Pinang ketika tinjauan pada 7 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PAKATAN: Tambah dana untuk KKM perangi Covid-19

SHAH ALAM, 1 NOV: Belanjawan Perpaduan 2021 mencadangkan tambahan dana kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendepani isu Covid-19 serta penyakit tidak berjangkit.

Pakatan Harapan (PAKATAN) berkata cadangan dikemukakan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz hari ini membolehkan vaksin diperoleh seterusnya diberi kepada golongan berisiko.

“Dana juga perlu untuk membuat bayaran adil kepada barisan hadapan, menyerap pegawai kontrak ke jawatan tetap serta menambah bilangan jururawat, kekitangan pembersihan dan pengesan kontak rapat.

“Kos juga diperlukan bagi menangani krisis pandemik itu di Sabah,” katanya menerusi kenyataan bersama dibuat Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Terdahulu, ketiga-tiga mereka bertemu Tengku Zafrul bagi membincangkan Belanjawan 2021.


Pengarang :