Datin Seri Masdiana Muhammad menyerahkan bantuan kepada Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki di kediaman Menteri Besar Selangor pada 10 November 2020. Foto: Facebook Pekawanis
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pekawanis serah lebih RM30,000 bantu Syria Care

SHAH ALAM, 15 NOV: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) menyerahkan RM30,360 kepada Syria Care pada 10 November lalu.

Pekawanis dalam kenyataan memaklumkan pertubuhan itu turut mewakafkan empat buah rumah di Kampung Malaysia Syria Care, Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria di Al Bardaqli, Atma, utara Syria.

“Dua daripada rumah itu adalah hasil usaha Yang Amat Mulia Tengku Puteri Datin Paduka Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj,” katanya dalam kenyataan di Facebook Pekawanis.

Serahan dilakukan Yang DiPertua Pekawanis, Datin Seri Masdiana Muhammad kepada Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki di kediaman Menteri Besar Selangor.

Difahamkan setakat ini 292 unit rumah bagi projek itu diwakafkan orang ramai.

Pada masa sama, Syria Care juga sedang mengumpul dana untuk menyiapkan Souq Barakah, sebuah premis perniagaan yang menjual pelbagai barangan keperluan harian seperti bahan dapur, buah-buahan dan daging mentah.

Orang ramai yang ingin membuat wakaf tunai Souq Barakah dibuka serendah RM30 dan boleh layari https://www.syriacare.org.my/shop/wakaf-tunai-souq-barakah/ untuk maklumat lanjut.

 


Pengarang :