AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Penggantian injap paip, 27 kawasan alami gangguan air

SHAH ALAM, 16 NOV: Sebanyak 27 kawasan di Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 24 dan 25 November.

Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) berkata gangguan bermula jam 9 malam dan dijangka pulih 5.30 petang keesokan hari.

“Gangguan bekalan disebabkan penggantian injap paip agihan di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama bagi memastikan semua peralatan berkaitan dalam keadaan baik dan optimum.

“Usaha tambah baik infrastruktur injap juga antara inisiatif Air Selangor untuk meningkatkan mutu perkhidmatan demi keselesaan pengguna pada masa depan,” kata Elina Baseri.

Beliau berkata tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan berbeza mengikut kawasan bergantung jarak lokasi premis pengguna dengan tekanan air sistem agihan.

“Pengguna boleh melayari Air Selangor di www.airselangor.com serta merujuk saluran komunikasi rasmi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 untuk maklumat lanjut,” katanya.

Kawasan terlibat gangguan bekalan air berjadual ialah:

Kuala Langat
– Kampung Kundang
– Kuarters Estate Gadong
– Kampung Batu Untung
– Tanjung Sepat New Village
– Kampung Batu Laut
– Taman Batu Untung
– Taman Pelangi
– Ladang Batu
– Taman Tanjung
– Taman Tanjung Sepat Indah
– Kampung Orang Asli Tanjung Sepat
– Taman Mutiara
– Ladang Bedford
– Kampung Tanjung Sepat Darat
– Kampung Tumbuk
– Kampung Tanjung Layang
– Berek Polis Tanjung Sepat
– Taman Kanchong Laut

Sepang
– Kampung Bukit Bangkong
– Kampung Hulu Teris
– Kampung Ulu Chuchoh
– Kampung Orang Asli Bukit Bangkong
– Tanjung Rhu
– Pekan Sungai Pelek
– Kem PKLS Hazliza Ulu Teris
– Taman Seri Sungai Pelek
– Kampung Baru Sungai Pelek


Pengarang :