Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sesi perbahasan Sidang Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 6 November 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pindaan Rang Undang-Undang Luas dibentang, lindungi sumber air

SHAH ALAM, 6 JUN: Dato’ Menteri Besar membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Lembaga Urus Air Selangor (Luas) (Pindaan) 2020 pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pindaan tersebut untuk meningkatkan tadbir urus Luas serta memastikan sumber air di negeri ini dilindungi peruntukan undang-undang yang berat.

Antara cadangan tambah baik adalah:

1. Mewujudkan jawatan timbalan pengarah Luas yang buat masa ini tiada.

2. Memberi kuasa kepada timbalan pengarah menjalankan fungsi pengarah sekiranya pengarah tidak berupaya menjalankan tugas atau sedang bercuti.

3. Menambah bilangan ahli jawatankuasa yang boleh dibayar elaun. Pemberian elaun bertujuan mendapatkan penglibatan menyeluruh pelbagai pihak.

4. Menambah baik prosedur arahan kepada mana-mana individu atau pihak berkuasa awam supaya mengambil langkah pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air yang terjejas.

5. Memberi kuasa kepada Luas untuk mengenakan caj lebihan pengambilan air. Langkah ini untuk mengawal penggunaan dan pembaziran sumber air.

6. Menaikkan denda daripada RM100,000 kepada minimum RM200,000 dan maksimum RM1 juta. Penjara juga dijadikan hukuman mandotari. Pindaan juga memperuntukkan hukuman tambahan supaya membayar kepada Luas kos membersih kesan pencemaran.

7. Memberi kuasa kepada pengarah atau pangkat pegawai polis tidak rendah daripada inspektor untuk menyita tanpa waran harta benda.

8. Mahkamah boleh memerintahkan harta benda yang disita dilucutkan hak walaupun tiada pertuduhan. Sekiranya mahu dituntut semula, ia perlu dirujuk kepada mahkamah.

9. Luas boleh menuntut ganti rugi kos ditanggung sepanjang memegang harta benda yang disita.

10. Tiada seorang pun berhak menuntut ganti rugi berkaitan penyitaan harta benda.

11. Memperuntukkan kuasa kepada Luas untuk memberi ganjaran kepada pemberi maklumat.

Perbahasan berhubung pindaan tersebut akan disambung pada sidang DNS Isnin.


Pengarang :