Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan selepas Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, pada 3 Oktober 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

PKPB: Majikan disaran beri cuti pelajar praktikal – menteri

SHAH ALAM, 3 NOV: Majikan disaran memberi pelepasan cuti kepada pelajar yang menjalani latihan praktikal di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata saranan itu perlu dipertimbangkan berikutan situasi kurang selamat di kawasan PKPB terutama zon merah.

“Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa pelajar praktikal bukan lagi di bawah tanggungan mereka sebaliknya majikan.

“Oleh itu, saya mohon majikan supaya benarkan pelajar praktikal cuti dan tidak berada di pejabat kerana mereka bukan pekerja tetap. Jika keadaan kembali pulih, mereka (pelajar) boleh menyambung semula praktikal di pejabat,” katanya pada sidang media hari ini.

Mengulas tindakan sesetengah pekerja yang menyalahgunakan surat kebenaran bekerja, beliau berkata majikan berhak mengenakan tindakan tatatertib terhadap kakitangan terbabit.

“Majikan ada kuasa untuk ambil tindakan kepada mereka (pekerja) jika didapati menggunakan surat kebenaran bagi tujuan lain dan bergerak tanpa alasan munasabah,” katanya.

 


Pengarang :