Tinjauan SelangorKini di Pasar Pagi MPSJ Bandar Puchong Jaya yang kembali dibuka pada 16 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PKPB: Waktu operasi pasar harian dilanjut hingga 4 petang

SHAH ALAM, 27 NOV: Kerajaan setuju melanjutkan tambahan dua jam waktu operasi pasar harian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata waktu operasi itu dilanjutkan bermula jam 10 pagi hingga 4 petang berkuat kuasa mulai esok.

“Kerajaan ambil maklum mengenai rungutan berkaitan kekangan yang dialami oleh peniaga kecil di pasar harian di kawasan PKPB yang beroperasi bermula dari jam 10 pagi sehingga 2 petang.

“Oleh itu, sidang khas tadi kita setuju untuk melanjutkan operasi pasar harian bermula jam 10 pagi sehingga jam 4 petang,” katanya pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun, Ismail berkata tatacara operasi piawai (SOP) masih perlu dipatuhi dan diawasi pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).


Pengarang :