Penghantar barangan Seldec mengangkat beg selepas pelancaran portal Rantaian e-Bekalan Digital Selangor dan aplikasi Seldec Rider di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 Jun 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAEXCOSELANGOR

RiDE diperluas ke luar bandar, bantu belia bina kerjaya

SHAH ALAM, 1 NOV: Kerajaan Negeri akan memperluaskan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) kepada golongan belia di luar bandar tahun hadapan.

EXCO pembangunan generasi muda berkata usaha itu membuka ruang kepada mereka untuk menjana pendapatan dan meningkatkan taraf sosioekonomi.

“Sebanyak RM2 juta diperuntuk bagi meneruskan RiDE tahun depan seperti diumum Dato’ Menteri Besar dan kita mahu menambah baik penggunaannya.

“Saya percaya ia akan membantu belia di Selangor untuk terlibat dalam ekonomi e-panggilan,” kata Mohd Khairuddin Othman.

RiDE membantu kira-kira 3,000 anak muda memperoleh kerjaya baharu sebagai penghantar dalam perkhidmatan e-panggilan dengan mengikuti kursus secara berperingkat.

Peserta bakal menerima subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350, kursus e-panggilan bernilai RM200 dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial RM70 setahun.


Pengarang :