Dr Siti Mariah Mahmud ketika sesi perbahasan sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 9 November 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Selangor belanja RM400 juta tangani Covid-19

SHAH ALAM, 9 NOV: Selangor membelanjakan RM400 juta bagi menangani penularan pandemik Covid-19, kata Dr Siti Mariah Mahmud.

Menurut EXCO kesihatan, antara langkah awal diambil termasuk melaksanakan saringan komuniti di kawasan zon merah membabitkan kos RM2.96 juta.

“Selain itu, kita turut menyumbangkan pelitup muka kepada pelajar sekolah, jabatan pendidikan, pejabat pendidikan daerah, pusat khidmat masyarakat dan semua penjawat awam dengan RM5.8 juta telah diperuntukkan.

“Tambahan daripada itu, Kerajaan Negeri turut memberi sumbangan kit pembasmi kuman kepada 854 taska berdaftar di Selangor perbelanjaan RM690,000,” katanya menjawab soalan wakil rakyat Sementa, Dr. Daroyah Alwi pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Tambah Dr Siti Mariah, Selangor turut melaksanakan inisiatif yang tidak dijalankan negeri lain iaitu penjagaan anak petugas barisan hadapan.

“Kita juga membantu rakyat terjejas dengan pemberian geran serta pelbagai inisiatif,” katanya.


Pengarang :