Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyampaikan statistik jangkitan pada sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 20 November 2020. Foto BERNAMA
BERITA UTAMASELANGOR

Selangor catat 1,203 kes Covid-19, 1,067 libat kluster Teratai

SHAH ALAM, 23 NOV: Selangor mencatatkan jangkitan Covid-19 tertinggi hari ini dengan 1,203 kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulkah berkata jumlah itu membabitkan 63.9 peratus dari 1,884 bilangan kes direkodkan.

“Kes tertinggi dikesan dari kluster Teratai berkait pekerja Top Glove dengan merekodkan 1,067 kes iaitu 76.2 peratus.

“Berdasarkan statistik, sebanyak 1,099 kes dari kluster sedia ada, 77 saringan kontak rapat dan 27 dari lain-lain saringan,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata setakat hari ini, Selangor mencatatkan 10,955 kes keseluruhan.


Pengarang :