Petugas Dewan Negeri Selangor dan Media melakukan ujian saringan Covid-19 bagi persediaan menghadapi Sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Selangor catat 138 kes baharu Covid-19, satu jangkitan import

SHAH ALAM, 9 NOV: Kes baharu Covid-19 di Selangor menurun kepada 138 kes hari ini berbanding 148 kes semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 137 membabitkan penularan tempatan manakala satu kes import yang mendapat jangkitan dari Nepal.

“Sebanyak 57 kes daripada kluster sedia ada termasuk satu kluster baharu iaitu kluster Perigi dan 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif.

“Dua kes saringan jangkitan pernafasan akut teruk (Sari) dan 42 kes daripada lain-lain saringan Covid-19,” katanya pada sidang media hari ini.

Mengenai kluster Perigi, Dr Noor Hisham berkata kluster baharu di Klang merupakan kes indeks ke-18,667 yang dikenal pasti positif hasil saringan di tempat kerja pada 15 Oktober.

Katanya, saringan kontak rapat mengesan sebanyak 38 lagi kes positif wabak dan kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Sehingga 12 tengah hari tadi, sejumlah 124 individu disaring, 39 kes dikesan positif dengan satu kes baharu dan 85 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Hari ini, sebanyak 972 kes positif dalam negara direkodkan menjadikan keseluruhan kes 41,181 manakala 1,345 kes pulih dengan lapan kematian.


Pengarang :