Anggota tentera berkawal di kawasan Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi yang berkawat duri berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan pada 15 November 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Selangor catat 150 kes Covid-19, turun banding semalam

SHAH ALAM, 16 NOV: Selangor mencatatkan sebanyak 150 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 35 kes berbanding semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 99 kes direkodkan daripada kluster sedia ada manakala 24 hasil saringan kontak rapat.

“Sebanyak 25 kes daripada lain-lain saringan Covid-19 sementara dua kes lagi daripada Jangkitan Pernafasan Akut Teruk,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata seramai 189 pesakit negeri ini berjaya sembuh, kedua tertinggi selepas Sabah yang mencatatkan 372 kes pulih.

Dr Noor Hisham menjelaskan sebanyak 1,103 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah kes positif adalah 48,520.

“Daripada jumlah itu, Selangor melaporkan satu kes import melibatkan warganegara yang tiba dari Arab Saudi,” kata beliau lagi.


Pengarang :