Kakitangan Top Glove Corporation Bhd memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) ketika mengedarkan makanan kepada pekerja yang tinggal di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Abadi 7 Meru Klang pada 25 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor catat 161 kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 26 NOV: Selangor mencatatkan 161 kes baharu Covid-19 hari ini meningkat sedikit berbanding 115 kes semalam.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu 82 kes daripada lain-lain saringan Covid-19 dan 52 lagi mendapat jangkitan daripada kluster sedia ada.

“Manakala, 25 kes daripada saringan kontak rapat sementara dua kes mendapat jangkitan dari luar negara,” katanya ketua pengarah kesihatan.dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bilangan kes dicatatkan di Selangor hari ini menyumbang 17.2 peratus dari 935 kes keseluruhan di seluruh negara.

Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) turut memaklumkan di Facebook, pertambahan 161 kes baharu di Selangor itu menjadikan keseluruhan 12,854 kes di negeri ini.


Pengarang :