Petugas Kesihatan Selcare memasukkan sampel saringan Covid-19 orang ramai yang pulang dari Sabah ke dalam beg khas di Klinik Selcare, Shah Alam pada 4 Oktober 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Selangor catat 185 kes Covid-19, 154 pesakit sembuh

SHAH ALAM, 15 NOV: Selangor mencatatkan sebanyak 185 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 15 kes berbanding semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata sebanyak 132 kes direkodkan daripada kluster sedia ada, manakala 24 kes hasil saringan kontak rapat.

“Sebanyak 29 kes lagi daripada lain-lain saringan Covid-19,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seramai 154 pesakit negeri ini berjaya sembuh, ketiga tertinggi selepas Sabah yang mencatatkan 566 kes pulih dan Negeri Sembilan (171).

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor memaklumkan kesemua kes yang dikesan hari ini melibatkan jangkitan tempatan.

Keseluruhannya, Selangor mencatatkan 7,624 kes sejak penularan virus itu.

Sebanyak 1,208 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini dengan Kuala Lumpur mencatatkan angka tertinggi mengatasi Sabah.


Pengarang :