Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 25 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor catat 266 kes Covid-19, satu lagi kluster baharu

SHAH ALAM, 28 NOV: Sebanyak 266 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Selangor hari ini meningkat 90 kes berbanding semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat juga kluster baharu direkodkan iaitu Kluster UD SS2 melibatkan daerah Petaling iaitu kes indeks ke-61,360 yang positif semalam hasil saringan individu bergejala.

“Setakat jam 12 tengah hari tadi, seramai 40 individu disaring melibatkan kluster tersebut dan terdapat 13 kes dikesan positif.

“Daripada jumlah kes baharu di Selangor hari ini, 177 daripada kluster sedia ada termasuk sembilan kes dari Kluster UD SS2. Manakala 65 daripada saringan kontak rapat, 23 lain-lain saringan serta satu kes import,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, katanya, kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini mencatatkan 1,315 melibatkan 1,310 kes tempatan manakala lima kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Sehingga kini 118 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 43 memerlukan bantuan pernafasan dan empat kes kematian dicatatkan.


Pengarang :