Salah seorang kakitangan Air Selangor menjalani saringan Covid-19 di Ibu Pejabat Air Selangor, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur pada 5 November 2020. Foto Air Selangor
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor catat 271 kes Covid-19, 12 jangkitan import

SHAH ALAM, 17 NOV: Kes positif Covid-19 di Selangor meningkat kepada 271 jangkitan hari ini berbanding 150 yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 259 kes melibatkan penularan tempatan dan selebihnya jangkitan import.

“Sebanyak 208 kes direkodkan daripada kluster sedia ada dan 12 kes saringan kontak rapat kes positif manakala 39 kes lain-lain saringan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menerusi Facebook memaklumkan 12 kes import yang dilaporkan mendapat jangkitan dari Nepal (empat), Qatar (tiga), Turki (satu), Nigeria (satu), India (satu), Filipina (satu) dan Amerika (satu).

Katanya, seramai 88 pesakit negeri ini berjaya sembuh menjadikan keseluruhan pulih 6,023 dan jumlah kematian kekal 27 orang.

Hari ini, kes baharu Covid-19 dalam negara kekal empat digit apabila mencatatkan 1,210 kes menjadikan jumlah keseluruhan 49,703 kes.


Pengarang :