Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyampaikan statistik jangkitan pada sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 20 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor catat kes baharu, sembuh Covid-19 tertinggi negara

SHAH ALAM, 21 NOV: Selangor merekodlan kes tertinggi Covid-19 hari ini berbanding negeri lain iaitu 402 kes, diikuti Sabah 346 kes dan Negeri Sembilan 121 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 502 pesakit Covid-19 di Selangor sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

“Pelaporan kes positif Covid-19 yang tinggi di Selangor berpunca daripada pertambahan kes bagi Kluster Teratai iaitu sebanyak 298 kes (74.1 peratus),” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19.

Malaysia hari ini mencatatkan 1,041 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 53,679 kes.

Katanya ia menjadikan bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 12,854 kes, manakala jumlah pesakit pulih hari ini adalah 1,405 menjadikan jumlah kumulatif pesakit pulih sebanyak 40,493.

 


Pengarang :