Orang ramai mematuhi arahan menggunakan pelitup muka selepas kerajaan mewajibkan penggunaannya di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Selangor kekal tiga angka, 178 kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 11 NOV : Kes baharu Covid-19 di Selangor kekal tiga angka dengan 178 kes direkodkan hari ini.

Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan pertambahan itu menjadi jumlah keseluruhan 6,701 kes.

“Punca kes baharu ini ialah 102 daripada kluster sedia ada, 38 saringan kontak rapat, 36 membabitkan lain-lain saringan dan dua kes import.

“Orang ramai dinasihat terus patuh tatacara operasi piawai (SOP) dengan menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan cuci tangan dengan kerap,”  katanya menerusi Facebook.

Sementara itu, sebanyak 822 kes baharu dicatatkan di Malaysia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 42,872.


Pengarang :