Sebahagian dari 300 pekerja Top Glove yang dibawa keluar oleh petugas kesihatan berikutan penularan wabak Covid-19 di Asrama Pekerja Top Glove Meru Klang pada 23 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor rekod Covid-19 tertinggi, 1,623 kes baharu

SHAH ALAM, 24 NOV: Selangor mencatatkan jangkitan Covid-19 tertinggi di seluruh negara hari ini dengan 1,623 kes baharu, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu membabitkan 74.2 peratus daripada bilangan kes direkodkan sebanyak 2,188 di seluruh negara.

“Kes tertinggi dikesan dari Kluster Teratai berkait pekerja kilang sarung tangan Top Glove dengan merekodkan 1,511 kes iaitu 93.1 peratus.

“Berdasarkan statistik, sebanyak 1,539 kes dari kluster sedia ada, 54 saringan kontak rapat dan 30 dari lain-lain saringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setakat hari ini, Selangor mencatatkan 12,578 kes keseluruhan.


Pengarang :