Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyantuni Fatimah Ujang (kiri) ketika program lawatan pasca banjir di Hulu Langat pada 7 November 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selangor sambut baik peruntukan untuk dua projek pembangunan negeri

HULU LANGAT, 7 NOV: Kerajaan Negeri mengalu-alukan peruntukan bagi pembangunan infrastruktur dua projek di Selangor menerusi Belanjawan 2021.

Dato’ Menteri Besar berkata peruntukan tersebut bagi melaksanakan Jambatan Ketiga Klang fasa dua dan tiga projek lingkaran Pulau Indah yang sudah lama dipohon.

“Perkara ini dibincangkan sejak dua tahun lepas dengan kerajaan Persekutuan. Saya berterima kasih kerana memasukkan (peruntukan) dengan nilai agak besar,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari kepada media selepas program lawatan pasca banjir di Taman Sri Nanding di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan hampir RM3.8 bilion disalurkan bagi pembangunan insfrastruktur termasuk dua projek di Selangor.

Katanya, kerajaan juga akan memperkasa Orang Asli di Hulu Selangor dan melaksana inisiatif keusahawanan orang kelainan upaya (OKU) dikendalikan Komuniti Belia Selangor (SAY) bagi membiayai golongan terjejas Covid-19.


Pengarang :