EXCO Kerajaan Negeri, Hee Loy Sian ketika sesi perbahasan Sidang Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 9 November 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Selangor tubuh Badan Pengurusan Geopark, 20 lokasi dikenal pasti

SHAH ALAM, 9 NOV: Selangor menubuhkan Badan Pengurusan Geopark Gombak dan Hulu Langat sebagai usaha mendapat pengiktirafan Tapak Geopark Kebangsaan.

EXCO alam sekitar berkata jawatankuasa tersebut berperanan mengumpul maklumat geopark, menyediakan data, melakukan aktiviti promosi dan mengenal pasti agensi berkaitan untuk bekerjasama.

“Sebanyak 20 kawasan di dua daerah ini dicadangkan antaranya Permatang Kuarza Gombak Selangor, Tasik Biru Kundang, Batu Kapur Batu Caves, Bukit Tabur dan bekas lombong Batu Arang.

Permatang Kuarza Gombak Selangor.

“Lokasi lain adalah Air Terjun Taman Rimba Komanwel, Air Terjun Sungai Gabai, Air Terjun Sungai Kanching, Granit Bukit Nuang, Granit Bukit Broga, Empangan Batu dan Empangan Klang Gates,” katanya.

Hee Loy Sian menjawab soalan wakil rakyat Hulu Kelang Saari Sungib mengenai Tapak Geopark Selangor pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata kawasan tersebut dikenal pasti mengandungi tapak warisan geologi berkepentingan kebangsaan, serantau atau antarabangsa yang dibangunkan secara lestari.

“Pembangunan semua kawasan terlibat mestilah menekakankan keseimbangan melibatkan kepentingan pemuliharaan sumber asli,” katanya.


Pengarang :