Pemain Selangor Sandro Da Silva Mendonca (kiri) cuba melepasi asakan pemain Melaka United Romel Oswaldo Morales Ramirez pada perlawanan bola sepak pusingan pertama saingan Piala Malaysia 2020 di Stadium Hang Jebat Krubong pada 8 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Skuad Red Giants diminta kekal stamina, terus bersemangat

SHAH ALAM, 13 NOV: Pemain skuad Red Giants diminta mengekalkan stamina serta terus bersemangat walaupun saingan Piala Malaysia musim ini dibatalkan.

EXCO sukan berkata pihaknya memahami kekecewaan dalam kalangan pemain namun keputusan tersebut demi keselamatan semua pihak.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah tentu mengambil semua pertimbangan sebelum membuat keputusan, jadi pihak terlibat perlu terbuka serta akur dengan arahan.

“Risiko pemain terdedah kepada wabak tetap tinggi walaupun perlawanan diadakan tanpa penonton apatah lagi kes harian masih tinggi,” kata Mohd Khairuddin Othman kepada SelangorKini hari ini.

Beliau berkata pembatalan tersebut tidak akan memadamkan prestij Piala Malaysia sebagai pertandingan bola sepak tertua di Asia Tenggara.

Pada Rabu MKN menolak rayuan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk meneruskan baki Piala Malaysia yang memasuki peringkat suku akhir.

Saingan suku akhir dijadualkan berlangsung semalam dan hari ini, diikuti separuh akhir dan akhir masing-masing pada 17 dan 22 November.

Berdasarkan jadual Selangor bertemu Kedah, Pulau Pinang melawan UiTM FC, Johor Darul Takzim melawan Kuala Lumpur dan Terengganu FC melawan Perak.


Pengarang :