Kakitangan perubatan yang mengenakan sut perlindungan diri melakukan saringan Covid-19 secara pandu lalu di Prague, Czech Republic pada 7 Oktober 2020. Foto REUTERS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

STFC bimbang kes Covid-19 di Selangor meningkat

SHAH ALAM, 17 NOV: Situasi jangkitan Covid-19 di negeri ini pada tahap membimbangkan berdasarkan trend peningkatan kes sejak Oktober lalu.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata sebanyak 1,485 kes baharu melibatkan 1,478 jangkitan tempatan direkodkan antara 7 hingga 13 November.

“Selangor terus mencatatkan corak menaik apabila dibandingkan dengan 1,109 kes baharu pada minggu lepas (31 Oktober hingga 6 November).

“Kenaikan ini sangat merisaukan kerana masih berterusan sejak awal Oktober sehingga sekarang,” kata agensi menerusi Twitter hari ini.

Pasukan itu menambah pematuhan masyarakat terhadap tatacara operasi piawai (SOP) seperti penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan amat dituntut dalam usaha menurunkan kes.

Menurutnya, tanpa kerjasama dan sikap bertanggungjawab, aktiviti ekonomi dan sosial akan terbatas serta menjejaskan kehidupan seharian.

“Malah lebih membimbangkan bakal merencatkan pertumbuhan ekonomi apabila kekal membahayakan nyawa,” katanya.


Pengarang :