Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze (tiga dari kiri) bersama Persatuan Penduduk Restress USJ 17 sempena penyerahan gelanggang badminton di Subang Jaya pada 19 November 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANORKINI
ADNSELANGOR

Subang Jaya peruntuk hampir RM20,000 bina gelanggang badminton

SHAH ALAM, 19 NOV: Hampir RM20,000 diperuntukkan bagi membina gelanggang badminton di kawasan perumahan di Dewan Undangan Negeri Subang Jaya.

Ahli Dewan Negerinya berkata kemudahan sukan di Restrees USJ 17 yang siap pada 2 November lalu dibangunkan selepas dipohon persatuan penduduk kawasan berkenaan.

“Kita harap gelanggang badminton bernilai RM19,956.60 digunakan sebaiknya penduduk di 113 rumah taman ini dengan beriadah secara sihat dan mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka,” kata Michelle Ng Mei Sze kepada SelangorKini.

Beliau berkata susulan pandemik Covid-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, penduduk disaran mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ketika bermain badminton.

“Saya harap penduduk mengikuti tatacara sebaiknya dan tidak melakukan vandalisme,” katanya.


Pengarang :