Pegawai program komuniti Team Selangor Sumayyah Aminodin (dua kanan) menyerahkan lampin pakai buang bayi kepada salah seorang penerima di DUN Taman Medan pada 4 November 2020. Foto Team Selangor
AGENSISELANGOR

Team Selangor agih bantuan di DUN Taman Medan

SHAH ALAM, 5 NOV: Sukarelawan Team Selangor mengedarkan lampin pakai buang kanak-kanak kepada 33 penerima di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, kata pegawai program komunitinya.

Sumayyah Aminodin berkata agihan selama tiga hari bermula pada Selasa mendapat kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia dengan memfokuskan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

“Diharap sumbangan ini meringankan beban ibu bapa yang perlu menyediakan kelengkapan lampin pakai buang kepada anak-anak mereka memandangkan semakin ramai keluarga menghadapi kesusahan akibat Covid-19,” katanya ketika dihubungi.

Pada Selasa, Team Selangor mengedarkan lampin pakai buang di Medan Cahaya dan Apartment Medan Jaya Blok F manakala semalam di Desa Mentari Blok 9 & 10, Flat PKNS dan PJS 2C.

Agihan dari rumah ke rumah diteruskan hari ini ke Apartment Permai mulai 2.30 hingga 5 petang.


Pengarang :