Pegawai komuniti Team Selangor DUN Sungai Tua Wan Mohd Alif Raimy Mohd Marzuki (kanan) menyerahkan sumbangan lampin pakai buang dan pelitup muka kepada salah seorang penerima pada 8 November 2020. Foto Facebook Team Selangor
SELANGOR

Team Selangor agih sumbangan di DUN Sungai Tua

SHAH ALAM, 11 NOV: Sukarelawan Team Selangor mengagihkan lampin pakai buang kanak-kanak kepada 32 penerima di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua pada Ahad.

Pegawai komunitinya Wan Mohd Alif Raimy Mohd Marzuki berkata agihan kepada kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) di Kampung Nahkoda Tua dan Kampung Laksamana melibatkan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia.

“Penerima terdiri daripada masyarakat India yang turut mendapat bakul makanan daripada pejabat ahli majlis zon 7 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sempena sambutan Deepavali tidak lama lagi.

“Inisiatif ini sebagai usaha memelihara kebajikan rakyat khususnya golongan kurang berkemampuan dan sukar menyediakan kelengkapan tersebut susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, sumbangan itu akan diteruskan ke kawasan Batu Caves dalam masa terdekat dengan mengumpul maklumat penerima yang layak.

 


Pengarang :