AGENDANASIONAL

TNB beri pakej bantuan kepada sektor acara niaga

KUALA LUMPUR, 28 NOV: Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah memberi jaminan bahawa ia akan terus menawarkan pakej bantuan kepada sektor acara perniagaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 walaupun pakej rangsangan kepada sektor itu berakhir pada 30 September 2020.

TNB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata antara pakej bantuan itu ialah penangguhan Caj Sambungan Beban (CLC) atas permintaan, pengisytiharan semula Permintaan Maksimum (MD) sepanjang tempoh CLC seperti pelanggan yang telah menyatakan keperluan elektrik yang berlebihan semasa pendaftaran, mereka boleh memohon untuk menyemak semula caj itu dengan dikenakan beberapa caj tambahan.

Kos tambahan itu adalah berdasarkan kepada pelaburan yang dibuat, tahap risiko dan profil pelanggan, pelanggan yang berminat dinasihatkan untuk membuat permohonan penangguhan CLC dan/atau pengurangan MD melaui saluran rasmi TNB.

Mereka harus menyatakan nombor akaun mereka, tempoh yang diminta untuk penangguhan CLC dan kuantum semakan untuk diturunkan dalam MD (dalam kilowatt) untuk permohonan pengisytiharan semula.

Permohonan boleh dihantar sama ada ke Kedai Tenaga atau ibu pejabat TNB di Petaling Jaya, Selangor.

– BERNAMA


Pengarang :