BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Tukar kebiasaan, bekerja dengan gaya dari hotel

OLEH TOURISM SELANGOR

Sekali-sekala bertukar persekitaran kerja bukanlah sesuatu yang asing, tambahan pula kebanyakan orang kini berada dalam keadaan bimbang dan berhati-hati lantaran sebuah pandemik global. Tekanan dari situasi ini mampu memberi kesan kepada produktiviti kerja.

Ramai golongan berkerjaya sudah mula bekerja dari rumah dan kini ia menjadi suatu norma baharu yang semakin menjadi kebiasaan. Bagi sesetengah orang, rumah bukanlah tempat terbaik untuk fokus kepada kerja.

Inilah masanya untuk anda turut melakukan aktiviti yang seakan menjadi trend masa kini ini untuk sekali (atau mungkin beberapa kali)?

Diseneraikan khas buat anda, 10 hotel terkemuka di Selangor yang menawarkan pakej ‘kerja dari hotel’ sekiranya anda memilih untuk menukar cara kerja kebiasaan anda.

1. Première Hotel Klang
Harga bermula dari RM160. Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.facebook.com/PremiereHotels/photos/a.137763029604287/3498759963504560v

2. New World, Petaling Jaya Hotel
Harga bermula dari RM160. Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.facebook.com/NewWorldPetalingJaya/posts/979867405850036

3. De Palma Group of Hotels & Resort
Harga bermula dari RM 35. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/depalmahotels/posts/3565544193503035

4. Hotel Tenera
Harga bermula dari RM 98. Untuk maklumat lanjut,layari https://www.facebook.com/hoteltenerabangi/posts/791126998377159

5. Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Harga bermula dari RM 48. Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.facebook.com/grandbluewave/posts/3375176949226862

6. One World Hotel Petaling Jaya
Harga bermula dari RM190. Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.facebook.com/OneWorldHotelPetalingJaya/posts/4113224148692832

7. Wyndham Acmar Klang
Harga bermula dari RM 38. Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.facebook.com/wyndhamacmarklang/posts/359038578848374

8. Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA
Harga bermula dari RM150. Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.facebook.com/movenpickhotelklia/posts/3547130218666853

9. Sunway Resort Hotel & Spa
Harga bermula dari RM150. Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.facebook.com/SunwayResortHotelandSpa/posts/10158633184860813

10. Eastin Hotel, Petaling Jaya
Harga bermula dari RM 120. Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.facebook.com/eastinhotelkl/posts/3481360661907846

Pihak Tourism Selangor percaya, sebuah pandemik tidak seharusnya memberikan kesan kepada pekerjaan yang menjadi minat anda. Mungkin rumah bukanlah tempat terbaik untuk bekerja lantaran kemungkinan berlakunya gangguan terhadap fokus kerja anda.

Bagi sesetengah orang juga, suasana kerja dari rumah yang sama setiap hari pula mengundang
kebosanan. Dengan pelbagai pakej kerja dari hotel yang ditawarkan oleh hotel-hotel terkemuka di Selangor, inilah masanya untuk anda tingkatkan produktiviti dan menyiapkan kerja anda dalam penuh keselesaan dan perhidmatan hospitaliti yang berkualiti.

Jika anda terbawa-bawa dengan suasana selesa tersebut, apa kata bermalam sahaja di hotel berkenaan, dengan potongan harga penginapan yang menarik! Namun begitu, usahlah kita mengabaikan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan kepatuhan kepada tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam komuniti. Selamat selalu, dan jadi produktif dengan stail!


Pengarang :