Sidang media pelancaran Kempen Hentikan Keganasan Wanita di Foyer Dewan Annex, Shah Alam pada 9 November 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Wakil rakyat sokong kempen henti keganasan terhadap wanita

SHAH ALAM, 9 NOV: Wakil rakyat di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini mengangkat plakad ‘Hentikan Keganasan, Hormat Wanita’ sebagai simbolik sokongan Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita 2020.

Turut serta ialah Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Speaker DNS Ng Suee Lim dan EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud.

Kesemua mereka turut memakai pelitup muka berwarna oren yang menjadi warna tema kempen serta tanda solidariti terhadap kempen berkenaan.

Kempen yang dianjurkan Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga bersempena sambutan 16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berasaskan Gender yang disambut pada 25 November hingga 10 Disember.

Dr Siti Mariah berharap rakyat negeri ini turut menyokong kempen supaya jumlah kes keganasan rumah tangga dikurangkan sekali gus dapat memakmurkan kesejahteraan negeri.

Sejak Januari hingga September lalu, Unit Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor melaporkan seramai 224 mangsa keganasan rumah tangga membabitkan wanita dan 30 lagi adalah lelaki.


Pengarang :