AGENSISELANGOR

Yayasan Selangor tawar 466 biasiswa pelajar tingkatan satu

SHAH ALAM, 14 NOV: Yayasan Selangor menawarkan biasiswa kepada 466 pelajar tingkatan satu tahun hadapan.

Pengarah kanannya berkata jumlah itu membabitkan 269 pelajar asrama daerah, asrama pusat (127) serta sekolah harian (50).

“Penerima biasiswa kecil layak mendapat RM700 setahun manakala biasiswa khas memperuntukkan RM1,000 kepada penerimanya.

“Penerima akan menerima bayaran dua kali dalam setahun dan turut melihat kepada keputusan peperiksaan,” kata Zahura Zakry kepada SelangorKini semalam.

Menurutnya, pelajar daripada keluarga berpendapatan tidak lebih RM2,000 dan tinggal di Selangor lebih 10 tahun boleh membuat permohonan.

“Pelajar dan ibu bapa juga haruslah warganegara. Bagi syarat akademik, pelajar perlu mendapat tahap 3 dalam semua mata pelajaran,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-76691218/1158/1117/1150 atau 1141 serta layari laman sesawang www.yayasanselangor.org.my


Pengarang :