Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yide, Prof Dr Azreen Syahril Adnan menyampaikan sumbangan berupa pek makanan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Klang yang diwakili oleh Pegawai Kesihatannya, Dr Masitah Mohamed. Foto Yide
AGENSISELANGOR

Yide sumbang pek makanan kepada petugas PKD Klang

SHAH ALAM, 23 NOV: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyumbangkan pek makanan kepada petugas barisan hadapan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang pada 20 November lalu.

Pek yang mengandungi air kotak, air jus, roti, kopi segera dan biskut tenaga bernilai RM10,000 keseluruhannya.

Pengurus besarnya berkata sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yide, Prof Dr Azreen Syahril Adnan kepada Pegawai Kesihatan Daerah Klang, Dr Masitah Mohamed.

“Yide sentiasa menyokong dan menghargai pengorbanan mereka tanpa mengira waktu.

“Bantuan ini untuk diagihkan kepada semua petugas yang sedang bertugas di pejabat atau di lapangan ,” kata Nur Mohd Razali Abdullah dalam kenyataan.

Menurut Nur Mohd Razali lagi, pasukan Yide turut meninjau operasi bilik gerakan PKD Klang menguruskan hal ehwal Covid-19.


Pengarang :