Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Datuk Nizam Sahari (kanan) menyerahkan set alat keselamatan kepada salah seorang wakil persatuan penduduk di ibu pejabatnya pada 15 Disember 2020. Foto Facebook MPKj
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

10 persatuan penduduk di Kajang terima set alat keselamatan

SHAH ALAM, 21 DIS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyumbang set alat keselamatan kepada 10 persatuan penduduk di kawasan pentadbirannya menerusi Program Bandar Selamat.

Pegawai Perhubungan Awam Kamarul Izlan Sulaiman berkata alatan yang diagih pada 15 Disember lalu merupakan jaket, lampu suluh dan wisel.

“Penyediaan semua alatan ini akan memudahkan persatuan penduduk menjalankan aktiviti rondaan di kawasan masing-masing dari semasa ke semasa.

“Usaha ini secara tidak langsung dapat mencegah sebarang salah laku jenayah sekali gus menjamin keselamatan komuniti setempat,” katanya kepada SelangorKini.

Persatuan penduduk yang menerima sumbangan:

1. Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Orkid
2. Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Teratai
3. Dewan Komuniti Persatuan Penduduk Taman Cheras Jaya Fasa 1
4. Kawasan Rukun Tetangga Taman Rakan
5. Persatuan Penduduk Jalan 7/3, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
6. KRT Taman Jasmin Jalan 7
7. Persatuan Penduduk Rumah Awam Kos Rendah Kampung Pasir Baru
8. Persatuan Penduduk Taman Tiara East
9. Persatuan Penduduk Taman Pelangi Semenyih Fasa 6 dan Fasa 7
10. SRS Taman Harmoni


Pengarang :